Tuesday, October 9, 2007

Kisah Solat Terawih

Malam tadi aku bersama-sama pelajar dalam majlis berbuka puasa di sekolah. Makan "nasi Arab" ( baru pertama kali rasa - best jugak lah ).
Lepas tu sama-sama le ke surau untuk menunaikan solat. Masa solat terawih aku duduk saf belakang. Nampaklah apa di depan. Rupa-rupanya masih ramai anak murid yang tidak ambil kisah/berat soal adab/tertib solat. Ada yang mengaru, bukan sikit punya garu, ada yang sempat buka songkok dan pakai semula, ada yang mencuit kawan. Entahlah di mana silapnya. Mungkin kerana sikap yang tidak ambil berat soal-soal solat. Asal buat sudah cukup. kalau tak dibentuk, mungkin tabiat ini di bawa sampai ke tua.

Ramadhan dah di penghujung. Jumpa lagi tahun depan kalau panjang umur.

Sunday, October 7, 2007

Selamat Hari Raya

Setiap tahun kita menyambut ketibaan hari raya. Tahun ini hari raya kita sambut lagi. Menjadi kelaziman bila tiba hari raya kita memohon keampunan dan kemaafaan dari ibu bapa, saudara-mara, rakan taulan dan sesiapa saja yang kita jumpa. Satu amalan yang baik, tapi kenapa pada hari raya sahaja. Kenapa tidak menjadi amalan kita sepanjang masa? Renung-renungkanlah.

Raya tahun ni tak balik Kelate, orang tua dah tak ade. Raya kat KL jugak le, pas tu baru jalan-jalan ke rumah sedara, balik N9 jap ziarah ipar duai. Cadang-cadang nak ke Melaka ziarah kawan Cikgu Razip, itupun kalau dia tak balik beraya kat Kelate, pas tu langsung ke Segamat rumah abang. Itupun kalau jadi......

Selamat Hari Raya untuk semua rakan taulan, yang jauh yang dekat, yang ingat yang lupa.

Wednesday, September 19, 2007

Kursus Aplikasi ICT Daerah Gombak

Seramai 10 orang JU ICT Daerah terlibat dalam mengendalikan Kursus Aplikasi ICT Untuk Guru Kanan Bidang Teknik dan Vokasional PPD Gombak. Kursus ini diadakan pada 17 - 20 September 2007 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Sepang.