Sunday, October 7, 2007

Selamat Hari Raya

Setiap tahun kita menyambut ketibaan hari raya. Tahun ini hari raya kita sambut lagi. Menjadi kelaziman bila tiba hari raya kita memohon keampunan dan kemaafaan dari ibu bapa, saudara-mara, rakan taulan dan sesiapa saja yang kita jumpa. Satu amalan yang baik, tapi kenapa pada hari raya sahaja. Kenapa tidak menjadi amalan kita sepanjang masa? Renung-renungkanlah.

Raya tahun ni tak balik Kelate, orang tua dah tak ade. Raya kat KL jugak le, pas tu baru jalan-jalan ke rumah sedara, balik N9 jap ziarah ipar duai. Cadang-cadang nak ke Melaka ziarah kawan Cikgu Razip, itupun kalau dia tak balik beraya kat Kelate, pas tu langsung ke Segamat rumah abang. Itupun kalau jadi......

Selamat Hari Raya untuk semua rakan taulan, yang jauh yang dekat, yang ingat yang lupa.

1 comment:

Anonymous said...

selamat hari raya cikgu, tahun ni saya bertuah sebab tak perlu susah-susah beli tiket atau drive, sebab memang dah bertugas di hometown sendiri. baru transfer dari sabah jun lalu.tq kerana melawat blog saya.